Makcik Jual ‘Bundle’ Gigih Buat Live Walaupun Dah 1 Pagi, Terharu Hafiz Mahamad Borong Baju!

910

Masih ingat lagi tak kisah viral tentang seorang makcik yang sanggup bersiaran langsung hingga lewat malam menjual pakaian ‘bundle’ demi mencari rezeki suatu ketika dahulu?

Seperti ramai individu lain yang terkesan dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, makcik dikenali sebagai Mak Idah itu terpaksa mengambil inisiatif bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam norma baharu dengan cara berniaga secara ‘live’ di laman sosial.

Sebelum ini, kisah wanita itu pernah tular di laman sosial apabila video ‘live’ dirinya menangis saat jumlah ‘viewers’ yang menonton rakamannya meningkat, pada pukul 3 pagi.

Setelah kisahnya mencuri perhatian ramai di laman sosial, nampaknya ia turut menarik perhatian usahawan terkenal Hafiz Mahamad.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, lelaki berusia 27 tahun itu meluahkan berasa cukup terharu dengan kisah wanita yang mesra disapa Mak itu.

Menurut Hafiz, dia terjumpa siaran langsung Mak Idah secara kebetulan. Pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, namun wanita itu tetap gigih berniaga.

Borong baju sebanyak RM1,000

Simpati melihat Mak Idah, Hafiz tanpa berfikir panjang terus membeli baju yang dijual sebanyak RM1,000 dengan niat ingin membantu wanita itu.

Sebaik sahaja membaca komen ditinggalkan oleh Hafiz, Mak Idah mengaku berasa ‘terketaq’ dikurniakan rezeki sebanyak itu dengan sekelip mata.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu baju-baju yang dibeli berkenaan akan disedekahkan kepada anak-anak tahfiz.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen dan ramai memuji sikapnya yang suka bersedekah.

Hafiz Mahamad melangsungkan perkahwinan bersama usahawan Syafiqah Aina pada 24 November 2017 lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Raisya Arisa.

Dalam rezeki kita, ada hak orang lain juga.. Mungkin itu yang cuba disampaikan oleh Hafiz Mahamad melalui perkongsiannya tersebut. Subhanallah..

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here