Chef Wan Dedah Serina & Suami Berkahwin Sebelum Suami Berpisah Dengan Isteri Pertama!

242

Sejak beberapa hari lalu, kisah mengenai perkahwinan pelakon Serina Redzuawan begitu hangat diperkatakan. Malah, Serina dan ayahnya iaitu selebriti Chef Wan saling berbalas-balas kenyataan di laman sosial Instagram.

Yang terbaharu, Chef Wan mendedahkan perkahwinan anaknya dengan seorang anggota polis itu berlangsung sebelum isteri tua kepada anggota polis tersebut diceraikan.

“My daughter said Why papa aib kan kami? My husband nanti jika kena tindakan tatatertib atau di buang kerja mcm mana? Malu parent in law because of this. Adoi Dr. tolong check hati saya sakit dan sedeh. Bukan dia ingat hati bapak dia yang di tipu dik laki bini. Kita mendapat malu. Kenapa tak fikir 1000x nak buat Rina sebelum semua ini berlaku? Semalam new isteri tua mengaku mereka kawin sebelum dia diceraikan.

Kantoi lagi. Biar la orang tahu cerita sejujur jujurnya agar bapak kau ni tak jadi mangsa di maki hamun oleh orang. Berani kerana benar Rina,” luahnya menerusi satu gambar ketika membuat pemeriksaan doktor.

Sebelum ini, Serina telah membuat pengakuan bahawa dia bukanlah isteri kedua dan menafikan dia dan suami bernikah di Siam. Malah, perkahwinan kedua pelakon berkenaan menjadi sensasi apabila Chef Wan sendiri tidak tahu mengenai pernikahan anaknya itu.

Sementara itu, Chef Wan memberitahu, menerusi pemeriksaan oleh doktor, jantungnya sentiasa berdegup kencang sejak dua malam lalu dan boleh terkena serangan jantung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here