Dilarang Agih Makanan Terus Kepada Gelandangan Sepanjang Ramadan, Tindakan Kepada Yang Ingkar!

322

Bila tiba bulan Ramadan, pastinya ramai pihak berlumba-lumba untuk membuat kebaikan termasuklah mengagihkan makanan kepada pihak yang memerlukan seperti gelandangan.

Namun Ramadan kali ini berbeza apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan larangan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di sekitar bandar raya.

Antara lokasi hotspot yang sering menjadi tumpuan agihan makanan ialah Masjid Jamek, Pasar Seni dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Langkah berkenaan dilaksanakan bagi mengelak berlakunya pembaziran dan kekotoran selain daripada mengekang penularan wabak COVID-19.

Persekitaran kotor yang terhasil daripada lambakan sisa makanan itu menimbulkan gangguan, ketidakselesaan kepada pemilik premis seterusnya menunjukkan persepsi negatif masyarakat terhadap DBKL.

Namun pihak yang masih berhasrat memberikan sumbangan bolehlah melalui Pusat Trabsit Gelandangan Kuala Lumpur Jalan Pahang. Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku atau pun Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.

Anda juga boleh menghubungi talian 03-26176321 untuk jadial pengagihan. Jika ingkar, tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here