Dugaan Di Hari Pertama Berpuasa, Bazar Ramadan Di Seremban 2 Banjir, Khemah Di Sendayan Diterbangkan Angin!

843

Sejak kebelakangan ini, hujan lebat dan cuaca buruk sering berlaku di beberapa negeri. Perkara yang paling dibimbangkan, terjadi hari ini pada awal Ramadan. Paling terkesan, para peniaga di Bazaar Ramadan Garden Homes Seremban 2 terpaksa merendah air banjir menjual juadah untuk berbuka. Menerusi kiriman daripada Negeri Sembilan Kini, cuaca yang tidak menentu serta hujan lebat dan banjir kilat berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Selain itu, tragedi ribut berlaku di sekitar Sendayan mengakibatkan beberapa khemah bazaar Ramadan turut roboh akibat hujan lebat. Kejadian ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Noor Shahidah. Semoga para perniaga di bazar tabah menghadapi ujian di hari pertama bulan Ramadan ini.

Bagi yang sedang memandu di kawasan ini, dinasihatkan untuk berhati-hati terutamanya buat penunggang motorsikal.

Sumber: Negeri Sembilan Kini, Noor Shahidah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here