(Video) 44 Tahun Tak Berpuasa Hingga Meninggal Dunia, Boleh Ke Bayar Fidyah?

376

Seorang yang beragama Islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan walau di mana kita berada, masuknya bulan yang penuh barakah ini, kita diwajibkan berpuasa. Ya, puasa merupakan rukun Islam yang ketiga yang menjadi kewajipan bagi setiap Muslim.

Tetapi, kenapa masih ada yang tidak berpuasa walaupun sihat tubuh badan dan tidak mengalami apa-apa penyakit sekalipun. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menerusi satu ceramah daripada Ustaz Mohd Hafiz Fauzi telah memberi pengajaran dan keinsafan kepada orang ramai.

Menerusi rakaman video tersebut, Ustaz Hafiz bercerita tentang seorang wanita yang telah menghubunginya untuk membayar fidyah bagi pihak suaminya yang telah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu.

Apa yang mengejutkan, sang isteri mendakwa bahawa selama mana suaminya hidup tidak pernah berpuasa. Selama tempoh 44 tahun itu, suaminya tidak berpuasa dan tidak menggantikan puasa. Saya pun tak tahu nak cakap apa, suaminya telah meninggal dunia dah 5 tahun dah… dalam hati saya (dalam keadaan sebak), Moga Allah Taala pelihara dia..”

Katanya lagi, Fidyah hanya dibayar kerana uzur syarie. Suami puan bukan uzur syarie tetapi suami puan sengaja tidak mahu berpuasa. Sebelum menamatkan perbualan tersebut, Ustaz meminta si isteri untuk rujuk di pusat zakat untuk mengetahui tentang bayaran fidyah dengan lebih lanjut.

Moha daripada kisah ini, kita boleh jadikan ia sebagai teladan dan pengajaran dalam kehidupan kita. Jangan sesekali langgar perintah Allah SWT.

Sumber: Majlis Agama Negeri Sembilan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here