Guna Gambar Bekas Suami Di Family Tree Anak, Rita Rudaini Masih Belum ‘Move On’?

933

Umum mengetahui bahawa pelakon terkenal Rita Rudaini merupakan seorang ibu tunggal yang kini membesarkan dua orang cahaya mata bersamanya. Terbaharu, Rita berkongsi perkembangan anaknya di laman Instagram, iaitu Airit Rayyan Rizqin di mana Rayyan diberi homework oleh gurunya untuk melakukan carta keluarga ataupun family tree berserta gambar.

Nampaknya perkara itu mungkin akan jadi sedikit janggal kerana Rita dan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan Abdul Razak sudah lama bercerai dan perhubungan mereka tidak berada dalam keadaan yang baik. Namun Rita sebagai ibu nampaknya bersikap profesional dengan meletakkan gambar bekas suaminya itu di dalam carta keluarga berkenaan.

Menulis di ruangan kapsyen:

Family tree lagi …mommy sebenaqnya nak print pic Hyun Bin ganti tempat daddy..tp mommy takut ticer adik pengsan pulak. Perkara itu turut mendapat perhatian ramai warganet yang turut memberikan pendapat mereka, malah ada yang merasakan Rita berhak mendapat lelaki yang lebih baik.

Dalam kebanyakan komen yang diterima, ada juga yang mempersoalkan tindakan Rita yang dianggap seolah-olah masih tidak boleh ‘move on’ dan tergila-gilakan bekas suami, namun ramai yang menyokong beliau kerana pada pendapat mereka, bekas suami pelakon berkenaan tetap ayah kandung yang sah, jadi tidak salah untuk Rita meletakkan gambar beliau di carta keluarga tersebut.

Bagi mereka yang pernah mengalami penceraian atau ibu bapa berpisah, pasti tahu betapa perit untuk lalui perkara-perkara seperti ini. Semoga anda semua diberi kekuatan dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat nanti.

Sumber : Instagram Rita Rudaini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here