Polis Buru Lelaki Dera, Pijak Anak Di Sabah!

608

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan dua orang kanak-kanak telah didera oleh seorang lelaki. Menerusi video tersebut mangsa dilihat telah dipijak sambil diacukan pisau dan diugut untuk dibunuh. Perkongsian video itu secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet yang mengecam tindakan individu tersebut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Ulu Balung, Tawau. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, menerusi satu panggilan dibuat mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihaknya.

Difahamkan, suspek dipercayai mempunyai masalah rumah tangga dan baru sahaja bercerai dengan isterinya sebelum bertindak melarikan kanak-kanak tersebut yang dianggarkan berusia antara dua hingga empat tahun.

Sejurus menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian namun suspek sudah tiada di premis tersebut. Dia kini dipercayai bersembunyi dengan membawa dua anaknya itu.

Pada masa yang sama, pihak polis turut menggesa kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tambahan untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada polis dengan segera.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here