(Video) Mikrofon Tak Bunyi Semasa Imamkan Terawih, Pakcik Jadi Hero Selamatkan Keadaan!

691

Tanggungjawab sebagai imam bukan mudah. Berdiri di hadapan ramai makmum yang ada antaranya lebih berusia dan berilmu, sedikit sebanyak boleh membuatkan kita gugup. Apatah lagi jika perlu mengimamkan solat yang memerlukan kita untuk menguatkan bacaan seperti solat Subuh, Maghrib dan Isyak, risau juga jika tersilap tajwid atau suara tak berikan kerjasama.

Semalam, seorang pemuda, Furqan Fawwaz telah berkongsi pengalaman hari pertamanya menjadi imam tarawih pada Ramadhan tahun ini. Mungkin dek kerana debaran, mikrofon yang dipakai tidak berfungsi ketika memulakan solat, membuatkan makmum tidak dapat mendengar bacaannya.

Mujur seorang pakcik berjubah putih datang menyelamat dengan membetulkan mikrofon tersebut. Apa yang menarik perhatian ialah reaksi pakcik berkenaan tatkala meneliti sekeliling seakan memikirkan apa yang perlu dilakukannya. Rata-rata memuji tindakan warga emas berkenaan yang dilihat comel, tak kurang juga ramai yang mendoakan beliau.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 1.9 juta tontonan dengan 298.9 ribu tanda suka.

Sumber: Furqan Fawwaz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here