4 Malam Tidur Di R&R, Tiada Rumah, Tiada Kerja Dengan Anak Kecil Lagi!

680

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang paling sesuai menggambarkan situasi satu keluarga yang terpaksa menjadikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebagai tempat berteduh.

Kisah keluarga kecil ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fairuz Yusoff dan perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon daripada warganet yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka.

4 hari dah bermalam di R&R

Kisahnya bermula apabila lelaki ini terserempak dan mula menegur pasangan suami isteri bersama dua orang anak di kawasan R&R Juru ketika berhenti solat. Petang tadi singgah R&R bersolat tergerak hati tanya sepasang suami isteri dan dua orang anak. Nampak keletihan bag pun penuh dgn pakaian, tuala, kain pelikat dan bermotor sahaja.

Bercerita lebih lanjut, keluarga kecil ini menjelaskan mereka sudah empat malam menetap di situ berikutan tiada destinasi tetap untuk tinggal. Apa yang lebih menyedihkan, apabila mereka sama sekali tidak mampu menyewa dan sedang merantau bagi mencari pekerjaan.

Rupanya, dah 4 hari depa bermalam di pondok R&R, katanya merantau mencari kerja dan tiada tempat tinggal dan tak mampu menyewa, datang jauh dari utara. Kita sempat sedekah sekadar mampu dan harap ada pihak-pihak perihatin yang tampil bantu atau yang mengenali mereka.

Sumber: Fairuz Yusoff

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here