Lokasi Popular ‘Geng Plastik Hitam’ Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak!

668

Setiap kali memasuki bulan puasa atau Ramadan, pastinya telefilem arahan Mamat Khalid akan menemani kita. Bermula dengan 15 Puasa sehinggalah kepada telefilem terbaru pada tahun ini iaitu 18 Puasa di Kampong Pisang.

Telefilem yang mengisahkan tentang ‘geng plastik hitam’ daripada penduduk Kampong Pisang ini nampaknya berjaya membuatkan para penonton tidak kering gusi menontonnya.

Serbuan yang dibuat nampaknya turut menarik perhatian netizen serta mengingatkan mereka kepada telefilem arahan Mamat Khalid ini.

Menerusi serbuan yang dibuat sekitar Ipoh, dilaporkan pihak JAIPk telah menjumpai beberapa individu yang sedang makan di kedai makan dan juga dalam kereta di siang hari pada bulan Ramadan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here