Tiada Layanan Istimewa Terhadap Suspek Pukul Pengawal Peribadi!

671

Polis tidak memberi sebarang layanan istimewa terhadap suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa seperti didakwa sesetengah pihak. Sebaliknya permohonan maaf yang dikeluarkan oleh suspek adalah ketika proses pemindahan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ke IPD Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, insiden berlaku secara kebetulan semasa suspek hendak diserahkan ke IPD Klang Selatan. Ramai wartawan masih berada di IPD sejurus selesai sidang media Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkaitan isu video raya yang mempromosi judi.

“Suspek yang diambil oleh anggota IPD Klang Selatan secara kebetulan melalui lobi dan wartawan mengambil gambar suspek sementara menunggu kenderaan IPD Klang Selatan sampai ke perkarangan lobi dan sepintas lalu suspek bercakap begitu saja,” katanya. Menurutnya, ia juga bukan dari sidang media yang dibuat suspek seperti didakwa sesetengah pihak.

“Wartawan juga tidak bertanya apa-apa soalan kepada suspek sebaliknya dia dengan sendirinya bercakap memohon maaf dalam bahasa Cina dan dipetik oleh wartawan yang ada pada ketika itu. Justeru polis memohon pihak tertentu agar tidak mengambil kesempatan untuk memanipulasi isu berkenaan,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here