‘Kurung’ Diri Dalam Bilik, Ibu Berpantang 7 Hari Cuba Jerut Leher Guna Tudung!

690

Seorang wanita sedang berpantang selepas melahirkan anak bertindak di luar kawalan apabila dia dipercayai cuba menjerut lehernya di dalam sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Jalan Pasri Hor, Kota Bharu. Walaupun begitu, insiden cemas tersebut disedari oleh suaminya sebelum bergegas membuat panggilan kecemasan.

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, wanita yang baru sahaja berpantang selama tujuh hari dipercayai telah mengambil sehelai tudung dan mengikatnya di jeriji tingkap bilik sebelum cuba menjerut lehernya sendiri. Dalam kejadian tersebut, suami mangsa yang turut berada di rumah berasa curiga selepas melihat isterinya itu mengunci pintu bilik dari dalam.

Mangsa dikatakan enggan membuka pintu tersebut. Susulan daripada itu, tanpa berfikir panjang, suami mangsa membuat panggilan kecemasan. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di rumah itu, kita berusaha memanggil wanita berkenaan tetapi tidak diendahkan. Oleh kerana itu, anggota bomba terpaksa bertindak memecahkan pintu bilik menggunakan ‘paratech rescue tool’.

Bayi kembar masih dalam hospital

 

Selepas pintu berjaya dibuka, mereka mendapati wanita berkenaan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sudah terbaring di atas katil di dalam bilik tersebut. Bukan itu sahaja, wajah mangsa juga kelihatan sangat pucat dan mereka percaya kemungkinan wanita ini cuba membunuh diri. Kosmo melaporkan, wanita berkenaan baru melahirkan anak kembar dan bayi tersebut masih dirawat di hospital kerana dilahirkan tidak cukup bulan.

Suami mangsa juga mendakwa, sebelum ini, isterinya itu pernah meminum cecair peluntur sebagai cubaan membunuh diri. Berikutan daripada itu, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here