“Tengah Mandi, Tiba-Tiba Dengar Suara Jerit!” Kondo Terbakar, Bumbung Jatuh Buat Penduduk Panik!

783

Tular semalam sebuah kejadian kebakaran di sebuah kondominium di Bukit OUG, Bukit Jalil. Keadaan api yang marak telah menjilat unit paling atas di kondominium tersebut. Kejadian ini telah dirakam oleh orang awam menerusi beberapa video yang berbeza.

Bagi kita yang melihat, pastinya kita akan risau jika kebakaran tersebut merebak ke unit-unit yang lain. Namun, situasinya mungkin berbeza bagi penghuni unit-unit yang lain yang mungkin tidak tahu apa yang sedang berlaku pada waktu tersebut.

Didalam video berkenaan, kelihatan sebuah bumbung yang dijilat api jatuh dari tingkat atas ke bawah. Mungkin pada ketika tersebut, penghuni di unit bawah mulai perasan apa yang sedang berlaku.

Dalam kejadian sekitar 9.10 malam tadi, sebanyak dua buah unit kediaman disitu musnah dijilat api. Dua buah unit tersebut terletak di tingkat 12 menurut apa yang dilaporkan oleh Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Lumpur.

Menurut Komander Operasi Kanan, Mohamad Hafidz Yaacob, setibanya di lokasi jam 9.23 malam, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 9.14 malam.

“Sebaik menerima maklumat, pihak bomba menghantar sembilan jentera bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Jalil, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Petaling, BBP Seputeh, termasuk ambulans ERMS dengan kekuatan 45 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“Anggaran kemusnahan bagi rumah pertama ialah terbakar 90 peratus dan rumah kedua terbakar 60 peratus.

“Pihak bomba yang tiba pada jam 9.23 malam menggunakan teknik ‘attacking’ dan ‘offensive fire fighting’ sebagai tindakan operasi pemadaman kebakaran.

“Api dapat dikawal daripada merebak ke bahagian lain pada jam 10.10 malam dan dipadamkan sepenuhnya 11 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kebakaran ini dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Tengok bumbung jatuh pun dah seram…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan kerisauan mereka dan mengharapkan supaya tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Selain itu, mereka juga berkongsi beberapa kejadian lain yang turut berlaku di tempat lain.

Dugaan di bulan puasa, terdapat beberapa lagi kejadian lain yang turut berlaku. Warganet berkongsi gambar dan info mengenai kejadian lain.

Menurut salah seorang penghuni condo tersebut, Cwing Wong beliau sedang mandi dan terdengar suara menjerit kebakaran. Menerusi soalan yang diajukan oleh netizen, CWing Wong dengan tenang menjawab setiap persoalan kerana tahu ramai yang memerlukan maklumat segera.

Ada juga yang berasa risau dengan keluarga mereka di kampung apabila melihat terlalu banyak kes kebakaran yang berlaku.

Didalam ruangan komen, ada juga penghuni kondominium tersebut yang berkongsi gambar serpihan atap yang jatuh dari tingkat 12 tersebut.

Tidak kurang juga yang sempat menitipkan pesanan buat warganet yang lain supaya menyediakan pemadam api. Ramai diantara kita yang merasakan bahawa ia merupakan sesuatu yang tidak perlu.

Semoga kita semua lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian dan dielakkan daripada sebarang malapetaka. Sentiasa ingatkan keluarga untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan dengan sebaiknya.

SUMBER : FB MALAYSIA POST MY, OH! MEDIA & HARIAN METRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here