(Video) Suami Ada Dalam Kapal Selam Nanggala, Isteri Sedang Hamil Rayu Netizen Doakan Suaminya!

320

Tragedi yang menimpa KRI Nanggala-402 milik Tentera laut Indonesia (TNI) ternyata mendukacitakan ramai. Sinar harapan untuk menjumpai kru yang terselamat semakin pudar berikutan penemuan serpihan dipercayai kompenan kapal dan bebeberapa barangan oleh pasukan pencari.

Panglima TNI, Hadi Tjahhanto dalam sidang media rasmi TNI berkata, status kapal berkenaan yang diletakkan sebagai ”submissed” sebelum ini atau hilang juga telah ditukar kepada status ”subsunk” iaitu tenggelam di mana berada pada kedalaman 850 meter.

Namun, ahli keluarga masih menaruh harapan yang besar untuk melihat kepulangan kesemua anak kapal dengan selamat termasuk isteri kepada salah seorang kru iaitu Mita Sofia.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok, wanita ini meminta bantuan orang ramai untuk mendoakan suaminya dan seluruh anak kapal supaya dapat ditemui dengan segera.

Dia yang juga sedang hamil berkongsi beberapa gambar kenangan indah mereka dan suaminya ketika sedang menjalankan tugas demi negara.

Malah, kata-kata semangat yang dihantar kepada suaminya melalui pesanan mesej untuk terus bertahan demi bayi mereka yang akan lahir ternyata meruntun hati ramai sehingga meraih 12.6 juta tontonan oleh warganet.

Rata-ratanya termasuk Malaysia mendoakan kesemua ahli keluarga anak kapal KRI Nanggala-402 tabah menerima ketentuan ini selain operasi pencarian berjalan dengan lancar. Minta bantuan doa buat suami dan seluruh kru kapal selam..

Sumber: TikTok mitasofia_k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here