“Mereka Keluarkan Escape Suit, Tapi Tak Sempat Pakai” Penemuan Sut Khas Terkoyak, Anak Kapal KRI Nanggala Ada Cubaan Selamatkan Diri Dari Kapal

120

Tragedi penuh tragis yang menimpa kru kapal selam KRI Naggala-402 masih lagi membayangi kita semua. Kapal selam mereka dijumpai terbelah tiga di dasar lautan pada kedalaman 838 meter.

Angkatan Tentera Indonesia sendiri telah mengesahkan berita ini dan mengesahkan kesemua anak kapal seramai 53 orang telah meninggal dunia. Berita ini disambut dengan penuh dukacita oleh seluruh dunia terutamanya dari negara Indonesia dan serumpun mereka, Malaysia.

Menerusi beberapa barangan yang ditemui, penemuan ‘escape suit’ yang terkoyak memberikan gambaran bahawa anak kapal tersebut berusaha untuk menyelamatkan diri ketika musibah berlaku namun tidak kesampaian.

SUT DITEMUI SINGAPURA

Penemuan tersebut adalah hasil daripada selaman remote operation vehicle (RUV) MV Swift Rescue dari Singapura. Hasil penemuan itu jelas menunjukkan bahawa anak kapal tersebut telah berdepan dengan kecemasan dan berusaha untuk menyelamatkan diri.

Hal ini kerana sut tersebut biasanya akan disimpan didalam satu kotak khas. Ia hanya akan dipakai apabila berlakunya kecemasan. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Staf TNI Angkatan Laut, Laksamana Yudo Margono.

“Sut keselamatan (escape suit MK11) ini biasanya disimpan di kotak, tetapi ini boleh terkeluar, bermaksud ada kecemasan sehingga ia diambil dari kotak untuk dipakai,” katanya.

Menurutnya, sut itu telah berjaya dikeluarkan dari kotak, namun mereka tidak sempat untuk memakainya mungkin disebabkan oleh keadaan yang sangat mencemaskan pada waktu tersebut. Mungkin tidak sempat pakai atau saat dipakai, kapal goyang hingga terlepas.”

Tambahnya lagi, terdapat beberapa bahagian kapal yang masih utuh, namun terdapat beberapa bahagian yang mengalami keretakan. Namun, dengan keadaan kapal selam yang berada pada kedalaman 838 meter, sangat kecil kemungkinan kru kapal dapat diselamatkan, tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen pada laman Facebook Siakap Keli yang memberi laporan mengenai analisis ini, ramai yang menzahirkan rasa simpati dan membayangkan bagaimanalah keadaan kesemua anak kapal saat musibah tersebut berlaku. Ramai juga yang ingin tahu apa sebenarnya yang benar-benar berlaku pada waktu tersebut.

“Harap dapat jumpa jasad untuk ketenangan keluarga…”

Ada juga yang mengharapkan supaya dapat ditemukan jasad kesemua anak kapal. Hal ini adalah untuk memberikan ketenangan buat ahli keluarga mereka. Tidak kurang juga yang mengharapkan supaya ada tindakan yang akan diambil dari segi keselamatan untuk kapal selam yang lain bagi mengelakkan masalah ini daripada berulang lagi.

Tiada apa yang kami harapkan selain dari berita yang lebih baik mengenai tragedi kali ini. Semoga ada penemuan baru yang dapat memberikan gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku. Semoga keluarga mangsa dapat menerima ujian ini dengan tabah.

SUMBER : SIAKAP KELI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here