Dua Beradik Jatuh Dari Jambatan Gantung Ditemui, Sebak!

424

Dua orang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang kawalan semasa melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, di Rompin. Insiden cemas tersebut dipercayai berlaku pada 28 April 2021 yang lalu.

Terbaru, pencarian kedua-dua beradik yang hilang ini berakhir selepas penduduk kampung menemui mayat mereka tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo, mayat kedua beradik yang berusia tujuh dan tiga tahun ini telah ditemui pada malam tadi dan pagi ini di dua lokasi yang berbeza. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin, mayat Dhenis Maulida Putri Masari ditemui terapung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung.

Manakala mayat adiknya, Putri Rama Dhania Azahra ditemui pada pagi tadi pada jarak 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya. Difahamkan, kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here