Yusuf Azmi, Abang Ali Ditahan Polis! Ramai Yang Tidak Tahu Kejadian Sebenar Yang Berlaku

427

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi serta seorang individu dikenali sebagai Abang Ali antara enam individu yang ditahan polis berhubung kejadian seorang warga asing dipukul di sebuah premis di Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, semua enam individu itu ditahan susulan penularan satu video berdurasi satu minit 21 saat sejak semalam.

“Semua individu yang ditahan berusia 24 hingga 54 tahun. Bagaimanapun, seorang daripada lima suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Tindakan itu diambil selepas siasatan dilakukan mendapati suspek adalah pemilik premis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, lima lagi suspek yang masih dalam tahanan dibawa ke Mahkamah Kajang bagi permohonan reman, hari ini.

Mahkamah membenarkan kelima-lima suspek berkenaan direman selama satu hari. Siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis giat mengesan sekumpulan individu yang memukul lelaki warga asing selepas satu rakaman video berkaitan kejadian itu tular di media sosial sejak malam tadi. Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan kaki lima sebuah premis kedai di Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang.

Terdahulu, Viral Video Pukul Warga Asing, Yusuf Azmi Tampil Cerita Perkara Sebenar
Semalam nama Yusuf Azmi menjadi bualan hangat netizen dek kerana tindakan beraninya memukul seorang warga asing. Video ‘pergaduhan’ tersebut telah viral di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai.

Berdasarkan video yang viral itu memaparkan Yusuf Azmi yang merupakan pengerusi NGO Semboyan 1 Malaysia bersama Abang Ali dan beberapa pengikutnya telah pergi ke sebuah kedai warga asing yang dipercayai menjual baju cetak rompak jenama NGOnya. Berang dengan tidak ‘bermoral’ lelaki itu, Yusuf Azmi dan individu lain bertindak mengepung mangsa sebelum berlaku pergelutan.

Sementara itu, Yusuf menerusi akaun Facebook miliknya telah membuka mulut menceritakan kejadian sebenar dan apakah sebab yang membuatkan dia bersama rakan-rakannya itu ‘mengamuk’. Yusuf mengakui sejak kebelakangan ini mereka mendapat banyak aduan mengenai scammner yang mengambil kesempatan menjual baju ‘Tshirt Semboyan Jihad’ secara cetak rompak. Bahkan, penjual tidak bertanggungjawab ini telah menawarkan harga yang jauh lebih murah dengan kualiti baju yang sangat tidak memuaskan.

Kami pihak Semboyan Malaysia dapat berjumpa dengan penjual ini selepas menyamar untuk menjadi pelanggan dan ingin membeli sebanyak 600 helai. Apa yang membuatkan Yusuf Azmi dan Abang Ali betul betul marah adalah kerana diawal pertemuan itu suspek sudah menipu dengan mengatakan dia bukan penjual.

Apabila di telefon nombor penjual baju itu, telefon suspek yang berbunyi. Selepas ditekan berkali-kali untuk cerita hal sebenar, kesabaran Yusuf Azmi dan lain-lain tercabar selepas dia sendiri mengaku bahawa dia menjual barangan ‘reject’ produk Semboyan Malaysia.

Jelas Yusuf lagi, dia tidak mahu merosakkan namanya sendiri dan memberikan imej buruk kepada jenama Semboyan angkara tindakan tidak bertanggungjawab orang ketiga.

Sudahlah makan untung atas angin, dia turut menggunakan satu kedai pencetakan baju yang dimiliki oleh bangsa Melayu sendiri sebagi umpan dan menyakinkan mangsa untuk ditipu. Yusuf Azmi serta pemilik kedai berkenaan mengamuk kerana tidak mahu imej branding Semboyan Malaysia dan bisness kedai print milik En Sabri Leman tercalar angkara perbuatan yang boleh dikatakan satu penipuan ini.

Dalam kesempatan itu, Yusuf Azmi memohon maaf kepada semua pihak atas tindakannya itu selain berharap agar perkara ini boleh dijadikan tauladan buat semua.

Susulan daripada video yang viral itu, Harian Metro melaporkan, pihak polis iaitu pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sedang mengesan Yusuf Azmi dan beberapa individu lain yang terlibat. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, sekumpulan lelaki tersebut didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

Jelasnya, kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh)dan bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Difahamkan, Yusuf Azmi telah pun pergi ke balai polis untuk memberi kerjasama berhubung kes ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here