Hidup Dijalanan Lepas Ibu Bapa ‘Pergi’, Perkongsian Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Sebak!

203

Posting yang dibuat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew semalam perihal seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang telah menjadi gelandangan selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 telah membuatkan ramai berasa sebak.

Mana tidaknya, kanak-kanak lelaki yang begitu muda telah duduk di tepi-tepi jalan sejak Januari lalu seorang diri dengan membawa beberapa helai pakaian kerana tiada lagi tempat bergantung. Kehadiran Ustaz Ebit membantunya dan menghantar kanak-kanak tersebut ke sekolah tahfiz benar-benar menyentuh hati mengenangkan kesulitan yang dihadapi olehnya setelah ibu bapanya meninggal.

Menurut perkongsian pendakwah itu lagi, kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai telefon bimbit dan tidak juga mengenali Ustaz Ebit. Walau bagaimanapun, menurut Ustaz Ebit, kanak-kanak itu sangat beradab dan sangat merindui ibu dan bapanya.

Muat naik yang dilakukan oleh beliau nyata telah membuatkan warganet berasaa begitu sedih. Ramai yang meninggalkan komen dan menyuarakan rasa sebak di laman sosial mengenangkan nasib yang dialami kanak-kanak itu sepanjang bergelandangan.

Lagi sedih dari tak boleh balik kampung

Rata-rata mereka tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan kanak-kanak berusia 12 tahun itu selama beberapa bulan kebelakangan ini apabila hidup tanpa hala tuju.

Jadi, dikesempatan tersebut ramai yang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu dan semestinya Ustaz Ebit apabila menjadi hero dalam memastikan kebajikan kanak-kanak lelaki berkenaan terbela.

Sumber: Ebit Lew, kessmaess

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here