Bidas Kenyataan Dr Ridhuan Tee, Suhaimi Saad ‘Laungkan’ Sokongan Buat TokTi

242

Nampaknya perbahasan “kumpul pahala berganda-ganda’ tidak habis lagi. Jika semalam Prof Dr Ridhuan Tee ada menegur selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkaitan kenyataanya selepas dikecam netizen, kali ini giliran penyanyi nasyid kontroversi pula mengeluarkan ‘hujah’.

Menerusi Instagram Suhaimi Saad yang menggunakan nama mosusoficial, dia telah bertindak mempertahankan kenyataan penyanyi tersebut dan meminta agar Dr Ridhuan tidak campur tangan dalam hal tersebut.

Menerusi kenyataan tersebut, Suhaimi memberitahu ada betulnya apa yang Siti Nurhaliza katakan dan bukannya mana-mana ustaz yang mengatakan hal berkenaan pahala, tetapi nabi sendiri yang menjelaskan perkara itu.

Menurutnya, apabila orang mengumpat dan mengeji kita lebih-lebih lagi bulan puasa, pahala orang-orang yang bersabar akan diberikan oleh Allah S.W.T. Takkan benda basic macam tu pun tak tau.kata ustad,” tulis Suhaimi.

Justeru itu, penyanyi nasyid tersebut meminta agar Prof Dr Ridhuan tidak mempolitikkan hal terbabit kerana tindakkannya seoalah-olah menyebelahkan netizen dan membuatkan Siti Nurhaliza terus dikecam di media sosial. Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustad. Stop stop la politikkan semua benda.malu dekat Allah.” tambahnya.

Terdahulu, tular di media sosial satu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di IG story miliknya dengan menulis bahawa sedang mengumpul pahala diatas dugaan yang sedang dihadapi olehnya.

Namun, perkara itu telah mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee yang menegur berkenaan penggunaan nama ustaz bagi menutupi kesilapan dan perkara berkenaan amatlah dikesali.

Sumber: mosusoficial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here