Sempat Beli Baju Raya RM800 Untuk Bekas Suami, Zarina Anjoulie Sebak!

244

Selepas sah diceraikan minggu lalu, pelakon kontroversi Zarina Anjoulie berkongsi luahan isi hatinya bersama peminat dan pengikut di laman Instagram mengenai pengorbanan yang dilakukan selama ini. Luahan itu dimuat naik semula di platform TikTok menerusi akaun @hanzhajibangsa2 sehingga tular dan mengundang simpati warganet setelah menonton sedutan video tersebut.

Difahamkan sebelum berpisah, Zarina atau lebih popular dipanggil Anju sempat membeli pakaian hari raya untuk bekas suami Eilyas Azhar dan anaknya Awangku Gabriel Martin Ezra. Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, dia tidak membeli busana baru untuk diri sendiri sebaliknya membelanjakan sebanyak RM800 bagi mendapatkan baju Melayu tersebut.

“Aku belikan baju raya engkau dan anak RM800, last-last aku kena apa? Campak tahi. Aku pun takde baju sebab hari tu tak cukup duit. Tapi pengorbanan bini, kau tahu apa. Sanggup beli untuk suami dan anak, kalau diri kau sendiri takde pun takpe,” luahnya sebak.

Selain itu, Zarina turut menasihati kaum wanita supaya berkahwin dengan lelaki lebih berkemampuan berbanding dirinya yang menyifatkan kehidupan susah senang itu sekadar indah khabar dari rupa.

“Baik kau kahwin dengan lelaki kaya. Kalau dia kutuk, hina, malukan kau pun sekurang-kurangnya kalau dapat la duit, rumah atau kereta. Jangan jadi macam aku, bodoh. Satu habuk pun tak dapat sebab kononnya susah senang bersama. Ada lelaki macam tu, tapi satu dalam seribu,” ujarnya kecewa.

Terdahulu, Zarina mengumumkan dia dan Eilyas atau mesra disapa Yas yang dikahwini pada 17 Julai tahun lalu sudah bercerai. Namun pada 2 Mac lalu, dia mengakui kembali rujuk dengan lelaki tersebut menerusi perkongsian sebuah posting di Instagram.

Sumber: TikTok @hanzhajibangsa2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here