14 Tahun Tidur Bawah Pokok Tepi Jalan, Ebit Lew Sewakan Rumah Buat Mak Cik Pengutip Besi!

218

Ebit Lew, insan hebat yang dikenali ramai ini tidak pernah mengenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau pastinya turun padang membantu.

Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada masyarakat. Menerusi hantaran terbaharu di Facebook, Ebit Lew kali ini tampil membantu seorang wanita pengutip besi yang tidur di bawah pokok kecil selama 14 tahun. Tidak tergambar keperitan yang dilalui olehnya selama ini.

Hari air mata. Pilu rasa hati. Aunty Maaletchmy ni tidur di bawah pokok kecil selama 14 tahun. Kerja kutip besi. Makcik Indian ni umur 62 tahun. Rajin kutip besi. 3 kali saya ternampak makcik ni kutip besi. Cari semula dah tiada. Fasih cakap melayu dan bahasa Inggeris. Tak sangka ada orang tidur disini selama ini. Dengan kereta banyak lalu sebelah sini.

Tengah malam makcik ni akan tolak troli ni dan tidur di bawah pokok dan khemah kecil ni semenjak 14 tahun lalu. Memang dia menyorok tidur ada pokok hadang kerana tak nak orang nampak. Prinsipnya tak nak susahkan orang. Tauke besi buruk dan beberapa orang susah yang mengenali makcik ni gembira bila saya datang. Katanya tolonglah dia,kami risau dia tidur bawah pokok je.

Makcik ni pernah berkahwin. Lagi sedih makcik ni cerita dekat saya,kadang ada orang kacau. Katanya lelaki pernah buat tak baik padanya atau raba dia. Ramai ambil kesempatan walau dia dah tua. Katanya janji jangan pukul saya jerlah.

Sedih sangat dengar nasib hidupnya. Dulu pernah menyewa tapi kena keluar sebab tiada duit nak bayar. Saya pujuk sehingga dia terima saya nak bagi rumah sewa free untuknya. Ustaz bagi orang lain yang lebih perlu. Saya boleh cari duit. Kalau kuat kerja cukup duit untuk makan minum semua. Saya sihat walau 62 tahun. Muda dekat hati bila bersyukur dan happy.

Dia tak percaya orang sangat. Syukur akhirnya berjaya bawa dari 3 petang semalam pergi shoping baju, kasut, barang-barang rumah sementara tunggu kunci dari tuan rumah 9 malam.

Makcik suka warna apa. Dia suka warna hijau jer. Beli baju semua warna hijau. Saya ajak makan waktu berbuka puasa. Katanya saya tak puasa. Ustaz makanlah dulu. Takper makcik kita makan sekali. Katanya kali pertama makan ikan Patin. Sedap goreng ni yer ustaz. Makcik ni ambil semua lebih kuah hirup. Saya kata saya order lagi. Takper saya tak mahu kamu bazirkan. Dia hirup semua kuah lebih.

Syukur dapat sewakan rumah di Mentari Court. Bawa sekali troli dan beg kecil milik makcik tadi. Dia menangis cakap terima kasih. Saya ingat kamu main-main. Betul kamu baik ye. Selepas ini saya tak payah berlari kalau hujan lebat tengah malam. Tiada orang buat tak baik pada saya. Terima kasih ye Ustaz. Saya doakan kamu.

Sampai 10.30malam baru saya nak balik dapat satu kes lain pula. Sedih rasa. Begitulah ujian hidup.

Sumber: Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here