Keluarga Lawat Anggota PDRM di ‘Roadblock’, Isteri Dikenakan Kompaun RM2,000

182

 

Susulan kes keluarga ziarah suami di Sekatan Jalan Raya pada 13 Mei 2021 di Sekatan Jalan Raya (SJR-2 Persiaran Selatan – hala keluar ke Dengkil) Putrajaya, pihak polis telah menerima pelbagai reaksi masyarakat. Siasatan lanjut telah dijalankan dan hasil siasatan mendapati anggota tersebut dan keluarganya berada dalam daerah Putrajaya.

Isteri dan anak-anak anggota tersebut telah datang menaiki dua buah kebderaan yang berbeza untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah Hari Raya Aidilfitri kerana suami bertugas pada pagi Hari Raya tersebut.

Bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua buah kenderaan berbeza.

Walaubagaimanapun, pada 15 Mei 2021, satu kompaun telah dikeluarkan kepada isteri anggota tersebut di bawah Peraturan 21 (PU A 225/20212) Ziarah Hari Raya Aidilfiri (NO 21 Kesalahan-kesalahan Lain yang Diperuntukkan dalam SOP yang dikeluarkan oleh MKN) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pelanggaran SOP PKP dengan menziarah suami di Sekatan Jalan Raya.

Pada awalnya, perbuatan tersebut dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau pun hari biasa.

Pihak polis tidak berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran SOP PKP dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira sama ada orang awam mahupun anggota PDRM sendiri.

Sumber: Facebook Polis KL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here