Pertemukan Intan & Izreen Azminda, Penerbit Program Melodi Buka Mulut

227

Dalam program Melodi Raya yang disiarkan pada Ahad, netizen meluahkan rasa kurang senang melihat Intan Salleh dipertemukan dengan bekas madunya, Izreen Azminda. Walaupun Izreen sudah meminta maaf, netizen berpendapat Intan masih belum dapat melupakan episod hitam yang berlaku beberapa tahun lalu.

Penerbit program, Noradillah Abdullah atau Adeed menerusi laporan Harian Metro berkata, sebelum program berlangsung, dia sudah meminta kebenaran kedua-dua belah pihak terlebih dahulu.

Saya sendiri menghubungi Izreen dan juga Intan untuk mendapatkan persetujuan mereka bagi dipertemukan dalam rakaman Melodi Raya kami. Tak ada paksaan langsung.

Ketika hubungi Intan, saya terlebih dahulu sudah jelaskan mengenai satu segmen yang kami nak buat dinamakan Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Segmen ini, kami (Melodi) nak pertemukan Intan dan Izreen untuk program Melodi Raya. Kalau setuju, kita nak jemput dia (Intan).

Begitu juga, yang saya cakap pada Izreen ketika hubungi dia dan bertanya. Malah, dia (Izreen) kata boleh, tapi minta saya dapatkan persetujuan daripada Intan. Jadi, mereka dipertemukan selepas kedua-duanya bersetuju tanpa sebarang paksaan pun.

Jelas Adeed, program tersebut bukanlah bertujuan untuk mempermainkan sesiapa. Sebagai penerbit, dia tidak bertindak melulu atau memandai-mandai.

Malah, urusan dilakukan mengikut etika yang betul tanpa memaksa mana-mana pihak.

Saya ingat jawapan yang diberikan Intan dan dia sangat profesional. Sejujurnya, saya kagum dengannya. Dia kata okay, boleh dan saya tanyakan dua kali padanya untuk ‘confirm’. Saya ulang cakap, segmen ini nak pertemukannya dengan Izreen dan dia kata, boleh.

Di pihak kami (Melodi), memang takkan paksa. Malah, itu adalah cara kerja saya. Pada saya, kalau orang nak datang, datang. Kalau belum bersedia, mereka boleh cakap terus dan kami pun bukan jenis memaksa.

Tambahnya, pihak Melodi ada menghubungi beberapa artis lain untuk dipertemukan namun mereka menolak kerana belum bersedia. Akur dengan keputusan tersebut, pihaknya menerima sahaja. Adeed turut menepis dakwaan Intan dibuli di dalam program tersebut.

Kredit: Harian Metro

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here