“Seronok berkumpul..” – Netizen dakwa keluarga Neelofa sambut raya bersama?

371

Keluarga usahawan dan selebriti popular, Neelofa kembali mengundang perhatian netizen apabila seorang pengguna Twitter @TheZollonist berkongsi sebuah video memaparkan keluarga itu bermaafan di hari raya.

Difahamkan, video tangkapan skrin tersebut didakwa dimuat naik oleh kakak Neelofa iaitu Noor Nabila di laman Instagram namun pencarian mendapati ia telah dipadamkan.

“1 Syawal yang penuh mulia..” – Noor Nabila

Rakaman video berdurasi 27 saat itu memaparkan seorang wanita mirip Neelofa dan suaminya, Haris Ismail bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa mereka. Selain pasangan berkenaan, turut kelihatan adik beradik Neelofa yang lain iaitu Noor Nabila dan Mohamed Aqief dimana masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

Berikutan itu, warganet mula mempersoalkan sekiranya ahli keluarga tersebut tinggal di bawah satu bumbung atau sebaliknya memandangkan kerajaan sudah menetapkan bahawa ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sebab Noor Nabila memadamkan video tersebut daripada akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi kesalahan penganjuran majlis pernikahannya dan merentas negeri.

Malah, dia dan suami juga didakwa melanggar SOP dengan merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet, baru-baru ini dimana kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sumber: Twitter @TheZollonist

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here