Mungkin Ingat Rumah Tuannya, Aksi Oyen ‘Tebal Muka’ Tersilap Masuk Rumah & Beredar Dalam Keadaan ‘Malu’ Ditonton 9 Juta Kali!

67

Pernah tak anda melakukan sesuatu perkara yang memalukan, seperti tersalah masuk kereta hingga membuatkan anda tebal muka dan menanggung rasa malu yang amat sangat?

Walaupun Oyen sering dikaitkan dengan sifat-sifat ‘ganas’ dan ‘hati kering’, siapa sangka Oyen juga pernah melalui satu situasi yang boleh mencalar maruahnya sebagai Oyen yang ‘ditakuti’ kucing-kucing lain.

Dalam satu laporan, Oyen dilaporkan terpaksa menanggung malu apabila tersalah masuk rumah yang disangka rumah tuannya. Walaubagaimanapun, muka selambernya tidak bertahan lama apabila bertentang mata dengan individu tidak dikenali sebaik melangkah masuk rumah berkenaan.

Oyen kemudian dilihat mempamerkan wajah terkejutnya sebelum terpaksa berpatah balik dan beredar dengan perasaan malu. Lebih melucukan, bukan setakat si Oyen sahaja, malah pemilik rumah berkenaan juga dikatakan turut terkeliru dan tidak tahu apa yang sedang terjadi.

Bagaimanapun, momen berkenaan sempat dirakam sebelum menjadi viral di media sosial dan ditonton lebih 9 juta kali.

Dalam rumah berkenaan turut kelihatan seekor lagi kucing dipercayai milik tuan rumah berkenaan. Boleh jadi jugak, Oyen hanya singgah untuk ‘berkenal-kenalan’ kan.

Sumber: Gushiciku

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here