Wajib Pakai Pelitup Muka Walaupun Dah Pakai “Face Shield” & Niqab- Ismail Sabri

152

Pemakaian pelitup muka tetap diwajibkan walaupun seseorang individu itu sudah memakai peralatan lain seperti penghadang muka (face shield) atau niqab. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian peralatan tambahan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mematuhi perkara yang diwajibkan dalam akta.

“Selain daripada face mask, ianya tidak boleh jadi alasan untuk tidak pakai face mask. Untuk face mask adalah diwajibkan. Tapi untuk tambahan boleh pakai face shield, begitu juga niqab dan sebagainya.

“Kalau memakai face shield dan niqab (tapi) tidak pakai face mask di dalamnya, ianya tetap salah di bawah Akta 342,” jelasnya.

Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai isu pemakaian niqab oleh seseorang individu, dalam masa sama tidak memakai pelitup muka.

Sumber: RTM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here