Anak Istimewa Susah Makan, Mak Letak Makanan Dalam Bekas KFC, Baru Selera Nak Makan!

199

Selalu kita dengar, anak-anak kecil susah nak makan. Tambah-tambah lagi nasi dengan sayur, mereka lebih suka memilih untuk makan snek dan roti daripada makan nasi. Bila jadi begini, ibulah insan paling letih untuk memujuk.

Bila pujuk, barulah anak mahu makan tetapi sikit sahaja. Lebih mencabar, ada anak yang gemarkan makanan segera. Sama seperti kisah anak kecil istimewa ini, yang suka makan makanan segera dari jenama terkenal seperti KFC, McDonald dan sebagainya.

Bukan sahaja memeningkan kepala mak dan ayah, malah kesihatan mereka juga akan turut terjejas. Jadi, menerusi perkongsian Puan Nurain di Group Facebook Autisme Malaysia, beliau menggunakan taktik ‘rahsia’ menyimpan bekas-bekas daripada jenama makanan segera ini untuk dijadikan mangkuk nasi anaknya.

Bunyi agak lucu, tetapi inilah hakikatnya apabila mempunyai anak kecil yang susah untuk makan nasi dan sayur. Dengan cara ini, mereka mudah tertipu dan secara tidak langsung akan suka makan makanan yang dihidangkan oleh ibu. Bile ada anak akal dua kali ganda pandai dari kite.. Kita pun kena dua step ke depan dari dia. Nadim ni susah makan. Kalau makan mesti dari jenama yang dia suka. Macam KFC, McD, Domino’s pizza, Chicken Rice Shop.

“Ko tahu kalau hari hari nak makan benda seperti di atas tu boleh botak kepala A’ah ( daddy) dia…” Nadim ni high taste kalau bab makan. Jadi nak paksa dia makan makanan kita masak terutamanya nasi. Tercetuslah idea ini. Simpan semua bekas makanan favorite dia.

Bila time nak makan letak nasi dalam bekas tu. Jadi dia akan ingat makanan tu dari kedai-kedai tersebut. Jadi tak adalah aku berkejar-kejar nak bagi dia makan nasi. Dia sendiri datang sebab nasi tu dari bekas KFC. Maafkan mama nak.. Ini jalan yang terbaik untuk bagi Nadim makan…

Sumber: Nurain Ismail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here