Semua Buat Silap, Netizen Minta Orang Ramai Tegur Neelofa Secara Berhemah

222

Nama selebriti dan usahawan Neelofa sentiasa menjadi bualan hangat netizen di serata media sosial seakan ada sahaja yang tidak kena dengan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berkenaan.

Malah, setiap perkembangan dan gerak-geri wanita berusia 32 tahun itu bagaikan ‘diintip’ oleh pihak media tempatan, lebih-lebih lagi berkenaan isu perlanggaran SOP sewaktu majlis pernikahannya, merentas negeri dan sebagainya.

Tegurlah secara berhemah

Terbaharu, menerusi laman sosial Twitter, beberapa netizen merayu kepada orang ramai supaya menegur Neelofa dengan cara berhemah dan tidak menggunakan kata-kata kesat.

Bagi mereka, pengasas produk Naelofar itu dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, namun ia bukanlah syarat untuk menghambur makian serta cercaan.

Selain itu, ada yang mendakwa sesetengah pihak seolah-olah telah melupakan semua kebaikan yang dilakukan oleh isteri kepada PU Haris Ismail terbabit.

Termasuklah, melancarkan tabung dana bantuan buat rakyat Palestin serta memberi bantuan kepada keluarga yang terkesan akibat kemalangan letupan kereta baru-baru ini.

Dalam pada itu, ada yang menasihati selebriti berkenaan agar berfikir dahulu sebelum memuat naik dan berkongsi sebarang ‘posting’ atau gambar kepada umum.

Ini kerana, ia merupakan adat resam seorang personaliti terkenal bahawa setiap gerak-gerinya akan sentiasa diperhati oleh orang ramai.

Terdahulu, selepas dakwaan tidak memakai pelitup muka di mahkamah, isu pengacara ini menaiki kenderaan bersama suami dan peguamnya turut dipersoalkan.

Bagaimanapun, Neelofa menerusi sebuah kenyataan terbaharu menjelaskan mereka hanya menumpangkan peguamnya pada jarak 50 meter sebelum berpecah kepada haluan masing-masing.

Sumber: Twitter @Neelofa, @luckyasians

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here