COVID-19: Kita Perlu Bersedia Hadapi Keadaan Terburuk – KP Kesihatan

270

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai agar bersedia untuk menghadapi gelombang COVID-19 terburuk, berikutan trend terkini peningkatan graf jangkitan COVID-19 di negara ini.

“Peningkatan kes bermula sejak 1 April dan boleh mencetuskan lonjakan menegak. Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan terburuk. Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan,” katanya menerusi akaun Twitter rasmi hari ini.

Noor Hisham menasihatkan orang ramai agar duduk di rumah dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya berlaku kecemasan atau hadir ke tempat kerja.

Semalam, Malaysia merekodkan 6,509 kes harian baharu COVID-19 dengan jumlah kematian tertinggi iaitu 61 kes dalam tempoh 24 jam.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here