Pesawat Prototaip Dipercayai Milik Firma Pertahanan Israel Didakwa Rentas Ruang Udara Malaysia Jadi Tanda Tanya..

89

Kehadiran sebuah pesawat yang dipercayai pesawat pengintip prototaip milik firma pertahanan Israel yang dilaporkan sedang menjalankan ujian penerbangan di Singapura dan didakwa merentas ruang udara Putrajaya, ternyata telah mengundang tanya tanya ramai.

Pesawat Boeing 737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta itu dikatakan melakukan ujian penerbangan apabila dikesan berlegar di ruang udara selama empat jam.

Memetik laporan Sinar Harian, penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, secara dasarnya ianya merupakan penerbangan biasa tetapi menarik perhatian ramai kerana pesawat tersebut dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik.

Jelas beliau, pesawat berkenaan mungkin sedang melakukan ujian sistem terbaharu dan penerbangan jarak jauh yang dilaksanakan adalah bagi melihat keberkesanan perkakas yang diuji.

”Sekiranya benar sepertimana dilaporkan, pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik. Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.

“Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil,” katanya seperti memetik laporan Sinar Harian.

Tambah Zaki, dengan pelbagai sistem penderiaan dan sensor yang amat sensitif menyebabkan kehadiran pesawat tersebut di Singapura menarik perhatian ramai selain boleh menimbulkan persoalan mengenai tujuannya. Tular di media sosial, beberapa portal media melaporkan sebuah pesawat pengintip prototaip Israel sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura.

Pesawat Boeing 737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO itu dimiliki Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta), sebuah syarikat kontraktor utama Tel Aviv yang didakwa memiliki kepakaran dalam risikan selain sistem elektronik bagi kegunaan keselamatan. Berdasarkan laporan sebuah portal, pemeriksaan rekod terhadap jejak pesawat melalui Flightradar24 sebelum itu mengesahkan kehadiran pesawat tersebut di Lapangan Terbang Paya Lebar, sebuah bekas pangkalan tentera udara Amerika Syarikat.

Sumber: Muhammad Zulkarnain Mohd Azman – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here