“Jangan Cakap Buruk Pasal Anak Saya Lagi”- Maryam Sedih Terpalit Kontroversi Sehingga Ada Yang Libatkan Kandungannya

1190

Baru semalam pasangan influencer Malaysia-Korea, Ryzal Ibrahim atau nama sebenar Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim terpalit dengan kontroversi selepas tular sebuah video menunjukkan Ryzal seperti mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban di Sarawak. Boleh dikatakan satu Malaysia mengecam perbuatannya itu yang dilihat tidak berfikir panjang sebelum bercakap mengenai sesuatu. Bagaimanapun, Ryzal telah membuat permohonan maaf atas kesilapannya itu.

Dalam kita marah terhadap apa yang dilakukan Ryzal, ada juga segelintir yang marah terlampau sehingga bercakap perkara buruk tentang anak Ryzal yang masih dalam kandungan. Isterinya, Maryam meluahkan rasa sedih apabila ada yang melemparkan kata-kata kurang enak terhadap anak dalam kandungannya yang baru berusia 5 bulan itu.

“Tolong jangan bercakap buruk tentang anak saya lagi. Anak saya bukan haram, dan jangan serang keluarga saya,” ujar Maryam.

Maryam yang dilihat turut meminta maaf atas kesilapan suaminya itu memohon agar tidak melibatkan anaknya serta keluarganya dalam hal ini. Sementara itu, meninjau di ruangan media sosial, rata-rata wargamaya berasa simpati dengan Maryam. Ramai merasakan Maryam tidak bersalah dalam hal ini dan minta untuk dia menjaga kandungan dia.

Dalam pada itu, Maryam turut berkongsi tangkap layar di Insta Stroy yang memaparkan seorang wargamaya yang berkata buruk terhadap anaknya, namun dia tetap memaafkan individu tersebut. Semoga Maryam tabah menghadapi dugaan ini.

Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sarawak (KEMADA) semalam di Balai Polis Sibu terhadap ‘Duriankimchi’ yang telah memperlekehkan pakaian tradisional Kaum Iban. Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua agar berhati-hati semasa bercakap dan tidak menjadikan tradisi kaum lain sebagai gurauan.

Sumber daripada: Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here