‘Salam Terakhir Suamiku..’ – 11 Hari Kahwin, Suami Dijemput Ilahi!

1759

Setiap pasangan yang bernikah pasti menginginkan rumah tangga yang dibina berkekalan hingga hari tua dan hanya ajal yang memisahkan mereka. Namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang, jodoh dan ajal merupakan takdir yang telah ditetapkan buat kita semua.

Rindu yang tiada penghujungnya

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Miss Qishz di akaun TikToknya, dia berkongsi mengenai ujian yang dihadapi olehnya iaitu kehilangan suami tercinta. Hanya orang yang pernah mengalami ujian seberat ini mengetahui betapa peritnya kehilangan pasangan tersayang buat selama-lamanya.

Wanita berkenaan telah diuji dengan pemergian suami tersayang pada tanggal 29 Mei lalu akibat serangan jantung iaitu hanya 11 hari selepas mereka disatukan.

Walaupun bagaimanapun, dia memberitahu bahawa arwah suaminya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan malah kelihatan ceria serta gembira sahaja. Namun ada antara pengguna Tiktok memberitahu wajah arwah kelihatan ‘berbeza’ semasa majlis kahwin. Sehingga kini video tersebut telah mendapak lebih 600 ribu tontonan di Tiktok.

Sebelum ini, wanita berkenaan pernah memuat naik video persiapan hari pernikahan mereka kerana teruja mereka bakal disatukan tidak lama lagi.

Sumber : qishz0319

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here