Upacara Akad Nikah Dalam Apa Juga Bentuk Dan Cara Di Selangor Ditangguhkan Sehingga 30 Jun 2021

249

Ucapara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditangguhkan berkuatkuasa hari ini sehingga 30 Jun depan.

Dalam hantaran di Facebook sebentar tadi, Jais berkata keputusan tersebut diambil setelah diperhalusi dan demi membantu keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan di seluruh negara.

Semalam, Jais mengumumkan bahawa majlis akad nikah serta semua perkhidmatan di negeri itu ditangguhkan bermula 1 Jun sehingga 14 Jun.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here