Kenali Dua Model Pesawat Buatan Rusia Dan China Yang Memasuki Ruang Udara Malaysia Semalam

274

Pesawat ketenteraan adalah salah satu aset ketenteraan yang penting bagi sesebuah negara. Dengan adanya pesawat yang berteknologi tentera, keselamatan ruang udara negara lebih terjamin.

Sementara pesawat komersial pada amnya hanya memiliki kemampuan untuk terbang, pesawat tempur direka khas dengan fungsi tambahan untuk membawa senjata dan menyerang musuh jika perlu.

Pesawat military berteknologi tinggi dilengkapi pelbagai ciri khas dalam satu pesawat. Oleh itu, negara-negara di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mendapatkan pesawat tempur terbaik demi pertahanan negara.

Berikut merupakan pesawat dari dua negara kuasa besar di dunia yang mungkin ramai daripada kita tak tahu. Ilyushin Il-76, atau turut dikenali sebagai Il-76 adalah pesawat buatan Rusia dan digunakan oleh tentera Soviet yang lepas landas buat pertama kali pada tahun 1971.

Pesawat berketinggian 15,500 meter ini bukan sahaja mampu membawa muatan seberat 40 tan, malah turut dilengkapi dua buah kren di dalamnya. Pesawat ini dilengkapi dua senapang dan empat kipas enjin turbo dengan daya tujahan 11.5 tan setiap satu.

Xian Y-20 atau Y-20 adalah pesawat pertama buatan China yang dibina oleh Xi’an Aircraft Industry (Group) untuk Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat (PLAAF). Berukuran 44 hingga 47 meter panjang dan 18 meter tinggi, Y-20 merupakan pesawat pengangkut strategik terbesar yang pernah dihasilkan negara itu.

Y-20 direka khas untuk memberi amaran udara dan kawalan (AEW&C), bantuan udara seperti bahan bakar kepada pesawat lain, dan juga merupakan pesawat anti kapal selam (ASW). Bukan itu sahaja, Y-20 menggunakan enjin WS-20, enjin pesawat berkuasa tinggi buatan China. Dengan daya tujahan 14 tan, enjin WS-20 lebih efisien berbanding enjin D-30KP buatan Rusia.

Pesawat yang mengutamakan kapasiti kargo ini mampu membawa muatan sehingga 66 tan dengan had laju melebihi 700 kilometer sejam. Pesawat Y-20 mampu melaksanakan misi dalam cuaca yang buruk dan berkebolehan mendarat di lapangan sempit di kawasan bergunung. Semalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesahkan dua model peswat ini yang dimiliki Tentera Udara Republik Rakyat China telah memasuki ruang udara Malaysia dan berjaya dipintas oleh TUDM.

Sumber: Britanicca, Airforce Technology

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here