TERKINI: Isi Rumah Bawah RM2,500 Terima BPR Tambahan RM500, Isi Rumah RM2,501- RM5,000 Terima RM300 & Bujang RM100

345

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 akan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan sebanyak RM500 lagi.

Selain itu, isi rumah yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima kadar RM300, manakala bagi golongan bujang pula, sebanyak RM100 akan diberikan.

Bantuan yang menelan kos sebanyak RM2.1 bilion ini akan dimasukkan ke akaun penerima pada akhir Jun nanti. Muhyiddin memaklumkan sedemikian dalam Perutusan Khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 malam ini.

Sumber: RTM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here