Tempoh Dua Jam Untuk Membeli Barang Keperluan Ditarik Balik – KPDNHEP

343

Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menarik balik tempoh kebenaran dua jam berada di premis perniagaan berikutan perlaksaaansekatan pergerakan penuh sosial dan ekonomi yang bermula sejak 1 Jun 2021 lalu.

Memetik daripada laporan berita, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP. Azman Adam berkata prosedur operasi standard (SOP) masa itu ditangguhkan melibatkan premis perniagaan termasuklah di pasar raya dan kompleks membeli belah.

“Bagaimanapun, pengguna masih boleh datang ke premis perniagaan untuk berbelanja cuma jangan mengambil masa yang terlalu lama,” jelasnya lagi.

Tambahnya, ini sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan selain memastikan orang ramai lebih menghabiskan masa di rumah daripada diluar seperti pasar raya atau kedai yang tidak sepatutnya.

Dalam pada masa yang sama, Azman juga memaklumkan bahawa terdapat 41 kes membabitkan syarikat atau individu yang gagal mematuhi SOP dengan nilai kompaun RM283,500 sepanjang tempoh perlaksanaan tempoh ‘total lockdown’ ini.

Jelasnya, kebanyakan kesalahan ini dilakukan oleh sektor peruncitan yang melibatkan kedai serbaneka yang dibuka di stesen minyak. Sebanyak 579,892 premis sudah dan 227 daripadanya dikenakan kompaun perlaksanaan penguatkuasan pematuhan SOP Perintah Kawlaan Pergerakan (PKP) digerakkan sejak Mei lalu.

Berdasarkan statistik, pematuhan dalam sektor perdagangan pengedaran berada pada tahap uang memuaskan di mana sebanyak 98.51 peratus premis patuh pada SOP yang ditetapkan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here