Trending Sale 6.6, Netizen Dakwa Tak Boleh Buat Transaksi Guna ShopeePay?

387

Seperti kebiasaan pada setiap bulan, semua platform online shopping akan mengadakan jualan istimewa untuk semua penggunanya. Bermula jam 12 malam tadi, jualan sempena tarikh 6.6 juga telah berlangsung.

Mesti masih ramai lagi yang tidak tidur dan tengah add to cart barang-barang-barang murah kan? Pun begitu, nampaknya pengguna Shopee sedang berduka pada ketika ini kerana mendakwa sedang mengalami masalah untuk melakukan transaksi pembayaran dengan menggunakan Shopee Pay.

Kini trending di media sosial, ramai yang memuatnaik perkongsian bahawa tidak boleh menggunakan Shopee Pay sekaligus membantutkan pembelian mereka. Tidak dapat dipastikan apa punca sebenar masalah tersebut. Bagaimanapun pihak Shopee Malaysia telah memuat naik satu kemas kini permohonan maaf dan mengesahkan masalah yang sedang dihadapi netizen.

Pihak Shopee sedang menyelesaikan masalah tersebut dan perkhidmatan ShopeePay dijangka akan pulih tidak lama lagi.

Sumber: Facebook, Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here