“Hari-Hari Buat Live, Sehari 2/3 Kali Tapi View 2-3 Je,” Kakak Sedih Tengok Adik Gigih Buat Dua Kerja

199

Usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti berputus asa pasti akan membuatkan hasil. Mungkin itulah yang dipegang oleh seorang lelaki yang tidak mengalah dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Apa tidaknya, walaupun ‘live’ yang dibuatnya hanya melibatkan 2 atau 3 penonton sahaja, dia masih percaya bahawa mungkin akan ada rezeki buatnya pada keesokan harinya. Kisah mengenai seorang lelaki yang melakukan dua kerja ini dikongsikan oleh seorang gadis yang merupakan kakaknya. Menurut Norfadhilatuladha menerusi ciapan Twitter, adiknya melakukan dua kerja iaitu berkerja di pasar pada siang hari dan menjual baju bundle vintage pada malam hari.

Tambahnya lagi, adiknya akan membuat live bagi menjual baju bundle tersebut ekoran tidak boleh lagi untuk memasarkannya di bazaar seperti yang dilakukan sebelum ini. Apa yang membuatkan si kakak sedih apabila adiknya tidak pernah mengalah dan yakin akan ada rezeki buatnya. Ditambah pula dengan kegigihannya membuat dua kerja, ianya telah menyentuh hati seorang kakak.

Gadis ini juga menjelaskan bahawa adiknya terus kekal positif melalui perkongsian ‘screenshot’ mesej dirinya dengan adik. Sikap positif yang ditunjukkan oleh pemuda berusi 21 tahun itu telah menarik perhatian rata-rata warganet yang memuji kecekalannya.

Sumber: Norfadhilatuladha Si Himawari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here