Rupanya Ini Fungsi Gunting Siang Ikan Tu. Boleh Buka Botol!

512

Rasanya hampir di setiap rumah mesti ada satu gunting siang ikan ni dekat dapur kan? Selalunya kita akan guna gunting ni untuk siang ikanlah. Selain tu, ada juga untuk potong sayur dan sebagainya.

Tapi pernah tahu tak yang ia boleh digunakan sebagai pembuka botol? Inilah yang ditunjukkan oleh Puan Nurul Saedatul Manzili menerusi Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di Facebook.

Memang menarik kan?

Beliau juga berkongsikan cara untuk menggunakannya sebagai pembuka tutup botol seperti di bawah. Salam semua ahli group. Mungkin ramai dah tau dan ada gunting ni kat rumah. Tapi mungkin ramai masih tak tau juga, kalau pembuka botol sedia ada hilang atau memang tiada, boleh je pakai gunting siang ikan ni.

Ni bahagian yang boleh jadi pembuka botol tu. Buat macam ni. Sungkil. Haa… Dah dapat buka. Senang kan? Gunting siang ikan penutup botol.

Semoga bermanfaat.

*Kredit dari posting asal oleh Nurul Saedatul Manzili via Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Rujuk link asal di SINI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here