Dipercayai Mahukan iPhone Tetapi Bf Belikan Vivo, Viral Rakaman Depan Kedai Jual Telefon

576

Tular di media sosial berkenaan satu pasangan muda bertengkar di sebuah kedai handphone. Dalam video tersebut, terlihat sepasang pasangan muda sedang bertengkar di sebuah kedai handphone sehingga timbulnya adegan tolak menolak di kedai handphone tersebut.

Pertengkaran tersebut dipercayai kerana wanita berkenaan menginginkan telefon bimbit jenis iPhone namun teman lelakinya itu membelikannya telefon bimbit jenis Vivo. Perkara itu tertulis dalam kapsyen orang yang memuat naik video bernama Aditya Banar tersebut di dalam satu group di Facebook pada Ahad lalu.

“Sayang, saya mahukan iPhone, bukan Vivo,”. Dalam video tersebut, seorang wanita berbaju kuning kelihatan tidak bersetuju dan marah pada lelaki itu.

Lelaki yang berseluar pendek itu tampak menahan sabarnya sambil menenangkan wanita berkenaan. Bahkan wanita yang bertudung itu dilihat menolak lelaki tersebut ke belakang beberapa meter.

Tak hanya berlaku menolak dan tarik menarik, pasangan muda itu turut dilihat bertengkar. Kejadian tersebut dilaporkan disaksikan oleh pekerja dan sebilangan pengunjung yang kebetulan berada di kedai handphone berkenaan. Perakam video itu turut menyatakan sesuatu semasa merakam insiden tersebut.

”Bertengkar pula, jadi beli atau tidak?” kata perakam video tersebut. Kemudian, dia memberikan peringatan bahawa jika mahu bergaduh, jangan bergaduh di situ.

“Woi bang, jangan bergaduh di sini, malu,” ujarnya. Tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian itu berlaku, namun dipercayai berlaku di luar negara. Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 500 ribu kali.

Sumber: Kendalku.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here