Doa Mencari Barang Hilang Agar Dikembalikan Semula!

245

Manusia ni Allah kurniakan sifat lupa. Kadang-kadang barang yang selalu kita gunakan pun kita boleh terlupa kat mana letaknya. Macam baru tadi ada dekat tangan, tak tahu kenapa susah nak ingat letak kat mana. Puas dahh cari tak jumpa juga. Lepas ni kalau ada barang-barang yang hilang boleh cuba amal doa barang hilang di bawah ini:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي: Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan menusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.” (Dibaca sebanyak 10 kali)

Ada tambahan doa lagi yang boleh anda baca:

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا: ALLAHUMMA AJIRNI FII MUSIIBATII WAKHLUFNI KHOIRAN MINHA- Maksudnya: “Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”

Atau anda juga boleh merujuk doa barang yang hilang dalam rumi seperti dalam gambar di bawah ini: “Allahumma ya jami’an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah.” – Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.” Anda boleh berdoa dengan apa-apa doa dalam apa jua bahasa, yang disenaraikan di atas adalah antara contoh doa yang boleh anda panjatkan untuk mengembalikan barang yang dicuri atau hilang itu.

Semoga bermanfaat.

*Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan / Murtadha Dakwah Centre

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here