“IG Live Dia Takde Siapa..” Pemuda ‘Istimewa’ Gigih Cari Rezeki Jual Kasut & Stokin ‘Online’

203

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika kita benar-benar ingin berusaha mencari rezeki halal, halangan fizikal bukanlah masalahnya. Mungkin itulah yang boleh digambarkan bagi insan-insan berkelainan upaya yang tetap berusaha mencari rezeki dengan titik peluh sendiri tanpa menjadikan kekurangannya sebagai alasan.

Salah seorangnya ialah pemilik Scarpe Negozio Empire yang menjual kasut-kasut dan pakaian secara atas talian. Biarpun menghidap cerebral palsy, pemuda OKU bernama Dale ini tidak berputus asa untuk terus berniaga serta membuat live menjual produknya, sekalipun ketika tiada orang yang menontonnya.

Rata-rata permulaan videonya, Dale akan memperkenalkan serba sedikit mengenai dirinya. Jelas pemuda ini, jika ada individu yang tidak memahami pertuturannya, mereka boleh menghubungi pemuda itu melalui ruangan mesej.

“Saya adalah seorang OKU yang cacat anggota dari golongan Cerebral Palsy,berusaha menjalani perniagaan online, saya mohon maaf yang saya mempunyai masalah pertuturan, seandainya rakan rakan sekalian tidak dapat memahami saya sila teks dengan saya dalam chat.”

Kekentalannya membuatkan ramai pihak terharu dan tampil untuk memberikan sokongan. Benarlah, rezeki tak pernah salah alamat bila kita berusaha. Susulan itu, beberapa individu tampil berkongsi pautan laman web dan kedai online milik Dale untuk memudahkan orang ramai membeli produk pemuda berkenaan.

Sumber: Scarpe Negozio My, @dayahhazam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here