Ramai Kecewa Dengan ‘Ending’, Filem Sweet & Sour’ Kini Di Netflix!

144

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang duduk di rumah tercari-cari hiburan yang boleh mengisi masa yang ada. Yang terbaharu, Netflix baru sahaja nelancarkan filem Korea Selatan, Sweet & Sour lakonan Jang Ki-young, Chae Soo-bin dan Krystal Jung.

Babak awal, penonton disajikan dengan adegan seorang lelaki bertubuh gempal, Hyuk yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit Hepatitis B. Di hospital, Hyuk berkenalan dengan seorang jururawat, Da-eun (lakonan Chae Soo-bin) dan semakin rapat. Selepas dibenarkan pulang, Hyuk yang berjaya mendapatkan nombor Da-eun menghubungi Da-eun.

Setelah beberapa ketika, semasa di lapangan terbang, penonton disajikan dengan babak Hyuk berlari dan tiba-tiba ‘menjadi’ kurus selepas berazam mahu menurunkan berat badan. Hyuk yang kurus (lakonan Jang Ki-young) bekerja sebagai jurutera sehinggalah satu hari beliau diarahkan untuk pindah ke syarikat baharu.

Di sana, Hyuk bertemu dengan Bo-yeung (lakonan Krystal Jung), seorang lagi kakitangan baharu. Daripada bersaing, keduanya mula tertarik dengan satu sama lain. Untuk tahu apa yang berlaku di babak ending sehingga menyebabkan ramai tidak berpuas hati dengan filem Sweet & Sour, anda boleh tonton filem ini di Netflix.

Biarpun ada yang mengatakan filem ini tersangatlah ‘longgar’ namun untuk mereka yang sekadar mahu berhibur untuk melepaskan tekanan, filem ini sesuai untuk anda tonton kerana jalan ceritanya yang ringan dan mudah untuk difahami.

Jika anda sudah menonton, bagaimana?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here