‘Bukan Suruh Kalian Wanita Jadi Orang Yang Bodoh..’ – Da’i Wan Pertahan Kenyataan Prof Muhaya!

143

Di media sosial, tular video memaparkan pakar mata dan motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad memberi ulasan mengenai jodoh. Ramai yang meluahkan rasa tersinggung apabila beliau menyatakan seorang wanita “biarlah macam bodoh-bodoh sikit” jika mahu cepat mendapat jodoh.

Tampil mempertahankan kenyataan tersebut, penceramah bebas, Da’i Wan Dazrin menerusi perkongsian di Instagram berkata, Prof Muhaya bukanlah menyuruh wanita menjadi seorang yang bodoh sebaliknya merendah diri untuk suami.

Jelasnya, sebagai seorang lelaki dia memahami apa yang cuba disampaikan pakar motivasi tersebut. Menurutnya, seorang wanita perlu membiarkan suami merasa diri seorang pemimpin keluarga yang disenangi.

Malah, Da’i Wan berpendapat ‘bodoh-bodoh sikit di depan suami’ kadang-kadang bertujuan untuk mengambil hati atau bermanja sahaja. Di ruangan komen, netizen meluahkan pandangan masing-masing mengenai isu yang hangat diperkatakan ini.

Kredit: Da’i Wan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here