Beli Pelapik RM6 Ini Buat Alas Bawang, Kentang Dan Kunyit Untuk Tahan Lebih Lama!

187

Bawang tak kiralah bawang besar, bawang kecil atau bawang putih sudah semestinya menjadi bahan utama dalam masakan dan ia mesti ada di dapur korang. Memandangkan, tempoh ‘total lockdown’ yang dilaksanakan kali ini, mesti ramai yang membeli bekalan bawang dan barang kering seperti kentang dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak kan?

Tetapi, timbul pula masalah bawang-bawang ini cepat berbau dan mengeluarkan lendir. Mungkin kerana cara penyimpanannya menyebabkan ia tidak tahan lama. Namun, korang jangan risau kerana SK ingin kongsikan tips menarik daripada seorang akak di laman Facebooknya, Norasihah Nams telah berkongsi satu ‘rahsia’ untuk bawang di rumah kekal lama. Jom, kita lihat apakah ‘rahsia’ tersebut dan korang boleh ikut cara ini.

No wonder bawang, kentang di simpan dalam kain jut kalau jual kat kedai dalam kuantiti yang banyak. Saya tak search pun apa kaitannya. Cuma time nak setting tempat bawang ni mmg saja nk beli kain ni buat lapik sesaja.

Apa yang saya perati..

Bawang dan kentang sangat tahan lama bila diletak dengan kain ni. Sama juga kunyit yang kebetulan sesat termasuk dalam ni. Elok tak kecut, dah berapa lama tak tau lah.. Memang jwnis jarang masak kalau kerja so memang boleh perasan bawang dan kentang tak lodo (lembik/busuk) walau dah lama. Kalau tak sebelum ni letak dalam bekas jaring pun stil ada yang busuk dan berulat sebab “rajin sangat masak.” Setahun dah setting camni. Dan sangat tahan wire basket tu kat situ. Minima, save space.

Nak bagi lekat kuat pelekat tu?

Lepas lekat pelekat tu, biarkan selama minimim 72jam atau 3 hari sebelum letak beban.InshaAllah tahan. Pelekat ni dapat sekali bila beli wire basket ni. Tak silap, harga saya beli rm13.90/pc. Burlap (kain jut tu) RM6/meter. Sekarang tengok Shopee RM8/meter.. ok lagi tu..

Sumber: Noraishah Nams

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here