Buat Live Dengan Kanak2 Bawah Umur, Pemilik Instagram Pengasas Kosmetik Ditahan

254

Baru-baru ini tular di media sosial apabila pemilik akuan Instagram yang pengasas produk kosmetik telah melakukan siaran langsung atau live di media sosial itu bersama dengan kanak-kanak dipercayai bawah umur dan perkara itu mendorong seorang pensyarah melaporkan kepada pihak polis.

Ia susulan daripada tindakan pemilik akuan berkenaan bersama rakannya dipercayai menari secara mengghairahkan di hadapan kanak-kanak bawah umur itu serta turut ‘mengajar’ mereka cara-cara menghi.sap da.dah. Terbaru, pemilik akuan Instagram (IG) Safieyillias94 telah ditahan pihak polis semalam bagi membantu siasatan berhubung dengan komunikasi lu.cah dan am.ang sek.sual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, apabila pihaknya telah menahannya susulan daripada satu laporan yang diterima. Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, pihak polis dilaporkan sedang mengesan pemilik akuan masing-masing bernama safieyillias94 dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung tentang komunikasi luc.ah bersama kanak-kanak di bawah umur di laman sosial Instagram. Hal itu disebabkan seorang pensyarah Universiti telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada jam 9 pagi kelmarin bagi melaporkan perkara itu.

Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik safieyillias94 yang juga hos bersama pemilik IG pipinatasha yang membabitkan dua kanak-kanak bawah umur. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Sek.sual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kredit: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here