Boss Susu Perkenal Perisa Banana Milk & Akan Buat Kita ‘Lopa’ Susu Pisang Lain

159

Kebanyakan rakyat Malaysia memang tergila-gilakan susu berperisa pisang dan banyak jenama dah mula keluarkan perisa ini. Terkini, jenama Farm Fresh pula muncul dengan satu gambar kotak susu perisa pisang yang membuatkan ramai orang tak sabar untuk mencuba.

Gambar design kotak susu pijang Farm Fresh ini dikongsikan Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal atau lebih popular dipanggil Boss Susu dan ia dipercayai akan masuk pasaran tidak lama lagi.

Annyeonghaseyo. Susu pisang sebenar sudah mari. Lepas pekena sekotak terus pandai cakap korea dan anda Lopa susu phishang yg lain. – Katanya. Comel je kotak susu pisang ni. Kalau susu perisa kurma keluaran Farm Fresh pun dah sedap berbanding yang lain, perisa pisang macam mana pula kan?

Bagaimanapun, Boss Susu masih tidak mendedahkan tarikh susu pisang Farm Fresh ini akan dikeluarkan. Akan tetapi, proses penyediaan bekalan sudahpun bergerak dan akan dipasarkan dalam masa terdekat.

Kredit: Azmi Zainal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here