Pelajar Buat Laporan Polis, Tidak Dibenarkan Duduki Peperiksaan Kerana Tidak Ambil Vaksin!

60

Seorang penuntut jurusan perubatan sebuah universiti Tempatan, Universiti Malaya (UM), mendakwa dilarang menduduki peperiksaan kelayakan kerana belum disuntik vaksin. Menurut laporan Harian Metro, pelajar wanita berusia 22 tahun itu, dia sebelum ini memaklumkan kepada pihak universiti bahawa dia tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin.

Hasil desakan pihak universiti, dia akhirnya bersetuju mendapatkan vaksin dan memaklumkan kepada mereka pada April yang lalu, tetapi sehingga kini masih belum mendapatkan tarikh janji temu. Saya dimaklumkan pihak universiti akan memberikan tarikh janji temu saya mendapatkan vaksin. Namun, sehingga hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun lalu, saya tidak mendapat tarikh janji temu berkenaan.

Tambahnya lagi, dia turut dilarang memasuki dewan peperiksaan ketika hadir untuk menduduki peperiksaan dan diarahkan pulang walaupun sudah meminta untuk diasingkan. Tertekan dengan perkara itu, dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk membuat laporan polis dengan ditemani Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Annuar Omar mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian itu dan laporan itu dirujuk sebagai kes sivil. Walaubagaimanapun, laporan itu mendapat tindak balas daripada pihak universiti serta pihak berkenaan akan memandang serius perkara tersebut dan sedang meneliti secara terperinci.

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat Universiti Malaya Mohd Khairi Md Jaafar berkata, pihaknya akan terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi menyelesaikan perkara ini.

Tambahnya lagi, ia adalah tanggungjawab UM untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan dengan pandemik Covid-19 dan pihaknya juga mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan risiko penyebaran jangkitan dalam kampus dapat dikawal.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here