Neelofa hadiahkan banyak tudung, Elyana terharu terus pakai dalam wad hospital!

216

Penyanyi Elyana yang kini sedang menjalani rawatan radioterapi meluahkan rasa gembira apabila menerima hadiah koleksi tudung jenama Naelofar daripada usahawan dan selebriti popular, Neelofa.

Menerusi laman Instagram, Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal memuat naik sebuah video menunjukkan beberapa kotak tudung berkenaan yang dihantar kepada dirinya di hospital.

“Thank you Neelofa atas hadiah yang sangat mengembirakan ini. Baru habis buat rawatan, terus dapat hadiah.. Alhamdulillah,” tulisnya. Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, kebetulan dia hanya membawa sehelai tudung dari rumahnya sekali gus menyifatkan pemberian tersebut sebagai satu rezeki.

“Terima kasih Neelofa. Semoga awak murah rezeki dan bahagia selalu,” katanya lagi yang terus menggayakan koleksi tudung itu. Malah menerusi InstaStory, Neelofa turut berkongsi semula video Elyana yang berasa kagum dengan semangat dan kecekalan penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu dalam melawan kesakitan.

“Masya-Allah, saya pulak nak nangis tengok video ini. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan. Moga Allah SWT kurniakan kesembuhan untuk awak,” titip Neelofa.

Terdahulu, Elyana dilaporkan nekad bagi menjalani radioterapi dalam merawat kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya sejak 10 tahun lalu.

Sumber: Instagram Elyana & Neelofa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here