(Video) Kos Cuma RM30 Je, Cara Mudah Dan Jimat Nak Buat Rak Penyangkut Tudung!

303

Kebiasaannya waktu hujung minggu kita akan habiskan dengan mengemas rumah dan menyental apa yang patut kan? Ye, tak dinafikan pada hari kerja banyak perkara yang tak boleh diselesaikan atau terlepas pandang.

Bukan itu sahaja, ada juga yang suka deko atau renovasi ruang yang ada. Pernah tak korang terutamanya kaum wanita terfikir nak buat satu ruang khas untuk susun tudung harian? Tetapi itulah, masalah utamanya adalah bajet. Mana taknya, segala kos peralatan untuk ubah suai pasti akan menelan kos yang tinggi bukan? Kata orang, kalau ada duit, semua jalan.

Jadi, hari ini SK nak kongsikan satu cara deko ruang untuk rak tudung wanita hanya menggunakan barangan daripada Mr. DIY. Kos yang diperlukan hanyalah RM30 je. Walaupun nampak simple tetapi sangat kemas dan teratur daripada kita membeli penyangkut khas tudung atau hanya melipat masuk ke dalam raga sahaja. Gadis ini juga, tunjuk cara untuk mudahkan korang mencari barang-barang tersebut.

Sumber: Nanie Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here